Wednesday, August 25, 2010

Tempahan Raya: CLOSED!

Dgn ini kami mengisytiharkan tempahan untuk Hari Raya Aidilfitri 2010 ditutup secara rasmi. Sebarang tempahan tidak akan dilayan. Harap maklum.

Sunday, August 15, 2010

Lapis Cheese, Blueberry & Horlicks

Berita baik untuk semua. Kek lapis cheese, blueberry dan horlicks kini sedia untuk ditempah. Pastinya sedap dan original. Sila buat tempahan anda segera sebelum terlambat! Roszali's, nang nyaman! :)

Untuk tempahan, sila klik di sini.

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana jua anda berada. Terutama sekali kepada pelanggan-pelanggan setia Roszali's Kek Lapis Sarawak dan pengujung blog ini. Semoga kita semua menjalani ibadah puasa dengan tenang di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. InsyaAllah :)

Tuesday, August 10, 2010

'Behind The Scene'

Buat pertama kalinya, kami akan 'reveal' kerja-kerja yang dilakukan belakang tabir. Proses membuat kek lapis kami. Enjoy the pictures! :)

1. Kepada yg tak pernah tengok, inilah rupa oven khas untuk membakar kek lapis. Menggunakan gas sepenuhnya, pastinya lebih jimat berbanding oven elektrik! :)

2. First sekali, seperti lazimnya oven akan dipanaskan terlebih dahulu sebelum memulakan proses membakar kek. Nampak tak sumber api dari bahagian atas? Sememangnya oven ni direka khusus untuk bakar kek lapis.

3. Adunan asas untuk kek lapis (telur, tepung, susu, mentega dll.)

4. Beberapa jenis pewarna digunakan untuk menceriakan lagi kek lapis anda! ;)

5. Enam loyang digunakan dan akan dibakar sekaligus. Setiap loyang ditandakan dengan nombor bagi memudahkan proses melapis dan mengelakkan kejadian tidak ingini seperti hilang ingatan. Hahaha! :p

6. Loyang 7"x7" dilapik dengan kertas minyak bagi mengelakkan bahagian bawah kek melekat pada loyang.

7. Proses membakar bahagian bawah (base) untuk kek lapis.

8. 'Encik Oreo' sudah bersedia untuk menjadi 'teman' kek lapis sebentar lagi. :p

9. 'Cik Haw Flakes' a.k.a Asam Manis yang cukup popular juga sudah bersedia untuk menjadi 'korban'. :p

10. Tulisan budak darjah 2 Melor. Haha! Gurau je Encik Carl :p Anyway, ini kami punya nota khas untuk melapis. Jangan tanya dengan lebih lanjut pasal kandungan nota ni. Hanya kami je yang paham. Huhu ;)

11. Keadaan dalam oven yang sungguh hangat dari biasa. 'Encik Oreo' dan 'Cik Haw Flakes' kelihatan agak tenang di situ. Haha! :p

Oklah, sampai setakat ni je yang sempat kami update. Hasilnya akan kami tunjukkan kemudian ye. Jumpa lagi! :)

Saturday, August 7, 2010

Lapis Strawberry


Untuk tempahan, sila klik di sini.

Friday, August 6, 2010

Lapis Evergreen


Untuk tempahan, sila klik di sini.

Lapis Oreo


Untuk tempahan, sila klik di sini.